Sunday, May 21, 2017
20/5/17. Warga Talasemia Hospital Kudat telah mengadakan aktivit hiking di bukit Mondohon di Kg. Nongkul Kudat. Seramai 25 orang termasuk kakitangan hospital Kudat yang terdiri daripada Occupational Therapist, Phisotherapist dan Jururawat telah mengikut aktiviti ini. Hiking bermula di gereja PCS Jemaat Nongkul dan mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit.
Tiada perkataan yang saya boleh ungkapkan selain SERONOK, walaupun penat, lapar dan haus..Maklumlah kami bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir sehingga jam 11.30 pagi. Panas terik matahari ketika perjalanan melalui jalan raya dari Kg. Pituru menujuk Kg. Nongkul membuatkan kami sangat haus. Ada juga kereta yang lalu lalang bertanya kepada peserta kami pergi mana? Ada juga yang menawarkan kami naik kereta mereka.
Selepas itu kami berehat dan pagang-panggang sayap ayam 20 kg ..Banyaknya!...Di rumah panjang Tradisi Kg Nongkul Kudat. Kebetulan pada hari ini juga adalah Krismas KRT di tempat yang sama. Meriahlah suasana sepanjang hari. Aktiviti selesai jam 4.00 petang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)








































No comments:
Post a Comment